alhamdullilah, ini adalah kali pertama ana menghantar post...maseh takde pengalaman ni..ahh ..tapi kalau x start make x terfinish pulak..ok straight to the point...ni kene nada serius ni..=D.
Cerita seorang hamba yang mempunyai minda Dan hati
aku memperlihatkan dalam seisi Al-quran allah memperigatkan diriku hahikat akan kembalinya setiap manusia kepadanya...tapi bukan sekali,tapi kerap sekali dalam Al-quran...kenape eh???
adakah ia satu penekanan....mungkin...atau mmg benar..
aku cube meneliti setiap satu dari kalamnya..
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-mukminun:115)
Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan(surah al-an’am:60)
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang- binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).(surah Ali-Imran:14)
ni baru empat.banyak lagi~..tapi dalam keempat2 ayat ini ada pengajaran yang telah aku perolehi darinya...
setelah mengkaji ayat2 ini ,minda aku pon terfikir~
1.aku ni hidup nak buat ape?..
2.ape hikmah penciptaan aku/manusia?
3.Ape yang aku dah kerjakan untuk bertemu dgn allah?
4.Kenape dunia ini seperti gurau senda dan mainan?
5.Ape sebb aku belajar ngan kerje?nak duit ke? Duit tu untuk ape?
Hatiku membisik..
Wahai tuanku punye badan~sungguh engkau sucikanlah hatimu(aku) dari keraguan terhadap ayat2 al-quran...dan igtlah engkau ni hamba allah, maka beribadahlah engkau kepadanya.firmannya...
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".(Az-Zariyat, 51: 56)
Wahai tuan aku punye badan~ allah telah melantik manusia menjadi khalifah dimuka bumi ini..maka lakukanlah tugas mu sebagai Muslim...tegakkanlah islam dimuka bumi ini..tegakkanlah islam semampu engkau..engkau seorang pelajar maka buatlah mengikut kreativiti sebagai seorang pelajar.firman allah:
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah, 2: 30)
Dan igtlah sesama kamu dalam berbuat kebaikan, jauhi kemungkaran dan berigt atas kebenaran...sungguh tidak rugi bagimu untuk beringat sesama kamu kerana akan kau bertemu dengan tuhanmu dan amalanmu akan dihitung di akhirat kelak.
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik".
(Ali-'Imran, 3: 110)
(Ali-'Imran, 3: 110)
Wahai tuanku punye badan~Sungguh benarlah didunia ini penuh dgn gurau senda dan permainan yang melalaikan....tidakkah kamu lihat...dahulunya,pada zaman rasullulah manusia dilalaikan dgn wanita dan harta yang digunakan untuk duniawi .tapi kini, ditambah lagi dgn teknologi2....K-pop,EPL, games, yang jelas tidak membantumu apabila engkau bertemu allah...(waduh)
Dan harta yg dkumpulkan itu hendaklah engkau gunakan dijalan allah, dalam jihad, atau melakukan kebaikan...serta berbuat baik kepada ibu bapamu, anak yatim..wahai tuanku punye badan..igtlah.mati sebagai pemutus kelazatan dunia..pertemuan dengan allah...pertemuan dengan allahX1000000.itu yang pasti dan kekal.(syurga dan neraka).
Amboi..ni ke cara hati berbicara???haha..
Tu saje...assalamualaikum..